Monday, April 23, 2012

ohkauu..

seperti biasa.. kalau takpasang anganangan taksah. sape yang terpernah simpan angangan? meh sini habaq kat ceq. meh nak habaq mai, sapesape yang takpernah berangan tu memang tersangatlah menipunye ye. sebab kadangkadang kejayaan datangnya dari anganangan !

okay, hari ni aku memang banyak berangan. mampuih ! nasib baik semua kerjakerja rumah dah setel. almaklumlah, cuti sem ni aku jadi bibik je kat umah. so masa terluang banyak aku habeskan dengan berangan je. letih gak kadangkadang kalau asyek dok berangan. bukan sebab kerja lain takjalan, tapi anganangan tu memang anganangan mat jenin je pun. alahaaiii mak jemah !

okay, gottogo now ! sambung lain kali ye. hah? nak tau anganangan aku? haaaa, ni nak g realisasikan anganangan la ni. doakan aku ye. harapharap bukan sekadar melepaskan batuk di tangga je. hah, amek kau. berperibahasa bagai. ko reti? hahaha..=P

bye, adios amigos ! =)

Sunday, April 22, 2012

jum kawen!

gedik kan bunyi? gedik takgedik memang sekarang musim kawen weyy. musim mengaum mengawan pun ye jugak, hihik. gedik takgedik taklama lagi aku pun bakal kawen jugak. bakal tamatkan status janda bujang yang dipegang selama ni. nanti korangkorang datangla eah. ke nak kad jemputan? okayokay, korang listdown kan korang punya alamat eah. nanti aku poskan. =)

p/s: jemput datang tau! ;)



sorryyyyyyy, da merepek merabai mencarut ntah pape. lambat lagi aku nak kawen, maybe 3 tahun dari sekarang. tapi taksalah kan kalau aku invite korang dari sekarang? saje nak ramairamai datang majlis aku nanti, baru meriah. takcukup makanan takpe, asal tengok aku yang cantik ni kan. HAHA.

bytheway, aku tengah stress sekarang. nak tau kenapa? sebabbbb, setiap kali bukak notification kat wall fb aku tu mesti ade je invitation dari kawankawan aku. uhhhh, serius aku stress. dorang nak kawen, aku ???
sabar okay, sabar. 3 tahun nanti ko mesti kawen jugak. kannnn? pengantin lelaki nya tu kita serahkanlah pada Allah SWT. =)

cuti sem ni aku ade dua tempat nak g, tarikh yang sama plak tu. konyang la oden hari tu, huhu.. nxt cuti bulan 5 plak ade dua jugak tempat yang aku kena pergi, tarikh yang sama jugak. eaheah, asal la korang pilih tarikh sama ni? saje nak membuncitkan perut aku yang sedia buncit ni eah. very the la uolls ni, =P

yang untuk bukan hari cuti plak, aku ada 3 tempat nak kena pergi. kali ni bukan hari yang sama, tapi tarikh tu tersusun elok je. 7, 8, 9 bulan 6. ohmaaiiii, banyaknyeee. tapi aku taksure and takpasti aku dapat pergi ke tak bulan 6 tu sebab aku takde cuti and maybe exhibition untuk projek akademik aku da start. projek penting, takleh nak excuse langsung dah.

banyak gila kan invitations tu. aku pun naik stress dok pikir. bukan pikir nak g ke tak, tapi pikir bila nak sampai turn aku plak. hukhuk =(.. di kesempatan ini, aku nak ucapkan semoga korangkorang yang nak kawen ni bahagia ngan pasangan masingmasing dan kekal sampai ujung nyawa okay! nanti jangan lupa datang majlis aku plak tau. SELAMAT PENGANTIN BARU kawankawan! 

curik dari pakcik google jugak..:)

notakaki: lagi stress bila dpt tau kawan aku da pregnant 4 bulan. nak jugaaaakkkk! :P



Friday, April 20, 2012

jumaat

hari mulia. penghulu segala hari, alhamdulillah, aku telah selamat sampai di kampung tepat jam 10.20 malam tadi. cepat gila seh, nak tido pon taksempat. rasanya baru je dengar pramugari tu dok bebelbebel pasal keselamatan dalam aeroplane tu. tuptup kapten Azman buat announcement :

"kepada semua penumpang, kita akan mendarat dalam masa 5 minit dari sekarang. sila pakai tali pinggang dan duduk di tempat masing-masing. Sekian, terima kasih !"

camtu la lebih kurang kapten Azman tu cakap. ingat plak aku eah nama kapten tu, huhu.. tengok jam kat tangan, lagi lima minit pukul 10.20. cekira berapa minit je aku dok dalam tu. kejap je woiiii. teruja gila bila nak mendarat, tu maknanya aku da nak sampai. ;)

membebel pulak dah, sambung cite balek..
di hari yang mulia ni, banyak plak berita gembira yang aku dapat. alhamdulillah Ya Allahh, terima kasih sangatsangat. nak tau ape erita tu? tungguuuuu..



Wednesday, April 18, 2012

yahoo!

yahoo! emel? takkkk.. yahoo sebab nak balek kampung. lagi sehari aku dok sini and then malamnya da boleh balek. eah, aku ponteng kelas hari jumaat. buatbuat berani, HAHA. ada aku kisah? nak balek sangat dah woiii, taktahan dah menanggung rindu pada suami ! eah tak, bajet ade suami plak. tanggung rindu pada family aku la. kalau nak dikira dalam bilik 1216 ni, hanya aku je yang takbalekbalek lagi. yang dua lagi da pernah balek, sedih kan?

kali ni aku balek naik flight. kihkihkih. balek ngan abang aku. excited woii.. harga tiket pergi balek taksampai rm50 sorang pun, jimat. 2in1 la, nak jimat then nak cepat sampai. kalau naik bus harga tiket pergi balek dah nak dekat rm100, ni dah boleh jimat separuh. plak kalau balek ngan bus perjalanan tu amek masa lebih kurang 8jam, bapak lama woiii. ni taksampai sejam dah nak mendarat. best gile. lagi teruja nak balek.

tapi dalam teruja tu ada jugak sedihnya. aku still lagi takdapat jumpa ngan my lably sista. dia g baling kedah, ada tournament taekwando. adik aku wakil sekolah dia, serius aku terkejut. hebat jugak adik aku ni. dahla UPSR dia cemerlang. Bangga siottt, HAHA. tapi takpelah, nak taknak kena balek jugak sebab aku taknak dok cini. kalau boleh nak quit je ada bran ke? takpasalpasal kena lempang ngan aku punya abah, hoho..

pada mereka yang nak balek kampung jugak tu, hatihati di jalanraya tau. pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. =)

p/s : semoga aku dan abang selamat sampai.

ihsan pakcik google..=)

Tuesday, April 17, 2012

berlalu sudah

dulu kita ketawa samasama. susah senang kau sentiasa ada di sini. kita kongsi makanan, kita kongsi tempat tido yang sama and kita lepak samasama. kau ingat lagi tak? aku harap kau takkan pernah lupa.
banyak sangat memori dengan kau. sedih gembira kita bersama. bukan hanya berdua tapi kita berlima. aku ingat lagi satu kali tu bulan ramadan, kita berlima tak puasa sebab kita perempuan. samasama kita makan, waahhhh best gila kan? kalau la masa camtu dapat ulang balek.

tapi hari ni, aku yakin sama sekali yang kenangan tu takkan datang balek. sekarang tinggal aku berdua. berdua dengan kawan kau jugak, geng kita jugak. kau dah ilang, dah menjauh. sebab satu masalah persahabatan kita seolaholah terputus. kau diam aku diam. tak pernah aku salahkan engkau. sekali aku buat sahabat aku sedih aku terus mintak maaf. tapi aku pelik kenapa ade je manusiamanusia yang salah sangka dan ceritanya berbelit seribu dengan cerita yang ada? mulut manusia, aku faham. bukannya mulut baldi.

sedih. ternyata kau terus membisu. aku tau kau cantik, kau ramai peminat. tapi kami sahabat engkau. ouh sori, bagi kami kau sahabat kami tapi kami taktau bagi engkau kami ni siapa sebenarnya bagi engkau. kau dah ada dunia sendiri, dah takberjumpa ngan kami lagi dan dah punya kawankawan baru yang mungkin lebih peka masalah engkau dari kami. maafkan kami andai kami taksempurna.

sorry sebab libatkan kawan kita tu, tapi dia juga pelik. kau punya 'adik' tempat luahkan perasaan dan sekurangkurangnya aku punya kawan kita tu sebagai bahu tempat aku menangis sebab dia lebih kenal aku dari 'adik' engkau kenal engkau. 7 tahun beb, 7 tahun dia kenal aku engkau dan 7 tahun jugaklah kita bersahabat. aku harap persahabatan kita kekal abadi selamanya.. =)



p/s: engkau takpernah tau.

Monday, April 16, 2012

winner & bertalamtalam

sumpah aku sakit hati ngan kau. memang sakit gila kot. da lama aku bersabar, aku pendam je amarah aku ni sebab aku hormat kau as my c*******e. tapi kau haprak. kau ingat kau berkuasa, ntah pape. tak semua yang kau buat tu betul, ada orang sokong. ahhhh.. serabut !

makin hari makin menyampah aku dengan perangai kau. sorry to say, kau kadangkadang buat aku betulbetul rasa nak tikam kau. tikam depan lebih elok dari tikam belakang kan? huhh.. asal takde orang pun yang berani tegur kau? berani argue ngan kau? aku pelik.. ape yang kau ade? hebat sangat ke kau? tolongla wahai manusiamanusia, jangan nak bertalamtalam muka sangatlah ! kenapa harus korang iakan saja ape kau dia buat? kenapa? heyyy, berani la sikit !

aku benci ngan manusiamanusia yang suka sangat bersikap bertalamtalam muka ni. bagi aku mereka ni hipokrit. terlalu HIPOKRIT ! depan bukan main kau cakap lemah lembut, konon taknak cari gaduh, tapi belakang? aiiyyooo, perlu ke camtu? apa yang korang nak takutkan sangat? kalau takpuas hati berterus terang jelah. jangan jadikan orang lain sebagai wakil untuk sampaikan talamtalam korang tu.

be positive okay. berani kerana benar, takut kerana salah. apa yang dia buat tak semestinya betul. tapi kalau kita dah takberani tegur dia, memang dia ingat diala pemenang. WINNER and kita semua ni as a LOSER !

fikirfikirkan dan selamat beramal.
bye, assalamualaikum..

Friday, April 13, 2012

satu minggu 1 kali

tensi weh satu minggu 1 kali. perlu ke? merepek. ntah pape. aku pun takfaham. korang pun lagi la tak faham kan? satu minggu 1 kali.

homaiii.. tak perlu la kot rasanya nak wt camtu. satu minggu 1 kali. menyusahkan je la. okay. actually takde niat pn nak merepek or marah2 dekat orang tu. maybe bukan salah dia, tapi dia kena tau yang kami perlukan persediaan. ahah, of course la dia mesti tahu sebab dia yang kendalikan benda alah ni. hmmm..

satu minggu 1 kali. nak naik darah aku fikirkan cara dia ni. tak patut. eah, ke aku je yang fikir cmni? aku je ke yang rasa cuak nak berdepan dengan benda ni? aku tengok orang lain rileks. ke diorang pandai sembunyikan air muka dan tanggapan dorang? alahaiiii.. ajar mak boleh?

fedap aku dengan benda ni. kita tengoklah apa akan jadi nanti. ikut dari tarikh sekarang, aku hanya ada masa sebulan lebih je dari sekarang. mampu ke? harapharap mampu, samasama kita doakan dan nantikan.
nanti aku hupdate lagi ea pasal satu minggu satu kali ni..

bye.assalamualaikum..:)